GOMA, Congo 1 Ogos – Rwanda telah menutup sempadan bersama Republik Demokratik Congo, selepas kes ketiga virus Ebola dikesan di bandar Goma. Pejabat Presiden Congo, Felix Tshisekedi menerusi kenyataan mengecam `keputusan dibuat oleh pihak berkuasa Rwanda’ yang dilihat menjejaskan rakyat dari kedua-dua negara yang perlu menyeberangi sempadan bagi urusan harian mereka. “Berdasarkan keputusan dibuat secara sepihak oleh pihak berkuasa Rwanda, rakyat Rwanda tidak boleh pergi ke Goma dan penduduk Congo…










