Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kampung Piasau Utara - Utusan Malaysia

Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kampung Piasau Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sebuah rumah dua tingkat dan tiga buah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak hari ini.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.07 petang.

Menurut seorang daripada penghuni rumah, Nurina Sarihat, 26, percikan api dipercayai bermula dari tingkat atas kediamannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa kejadian kami sekeluarga sedang berehat dan api disedari oleh jiran-jiran. Kebanyakan barang peribadi dan penting dapat diselamatkan dan kami semua berjaya menyelamatkan diri, Alhamdulillah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini