MILAN – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Marco Fassone mendakwa Cristiano Ronaldo terbuka untuk berhijrah ke San Siro sebelum mengambil keputusan menyertai juara Serie A, Juventus, musim lalu.
Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid dengan yuran perpindahan 112 juta euro (RM515.19) bagaimanapun, Milan turut berminat untuk mendapatkannya pada ketika itu.
Bekas pengarah sukan Milan, Massimiliano Mirabelli mendakwa Ronaldo hampir menyertai Milan sebelum bekas pemilik, Li Yonghong menghalang perpindahan itu bagi memberi dana kepada Elliott Management bagi mengawal pasukan itu.
Fassone yang mengikut jejak Mirabelli meninggalkan Milan selepas pengambil alihan itu pada Julai tahun lalu menyokong dakwaan tersebut.
“Presiden mahukan Cristiano Ronaldo tetapi pemilik tidak mahu.
“Ronaldo bersedia menilai peluang sedia ada kerana Milan adalah pasukan terkemuka dunia.
“Tetapi kami tidak dapat meneruskan usaha itu,” kata Fassone.-AGENSI











