KUALA LUMPUR 2 Ogos – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Batu 12, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, kelmarin. Memetik laporan portal Utusan Borneo, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Taufik Hidayah Hamidy, 16, meninggal dunia serta-merta akibat cedera parah di kepala. Semasa kejadian, mangsa bersama rakannya menaiki sebuah motosikal dari arah Serian dan dipercayai tidak sempat mengelak sebuah kereta…










