BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika bermandi-manda bersama lapan rakannya di sebuah kolam dipercayai bekas tapak lombong di Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, di sini, hari ini. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Naim Azman. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, PBKII (Pegawai Bomba Kanan II), Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid berkata, kejadian dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 11.23 pagi sebelum sebuah jentera bersama…










