MEKAH – Generasi muda Malaysia dinasihatkan mula merancang untuk menunaikan fardu haji seawal yang mungkin bagi melancarkan dan memudahkan urusan mereka apabila tiba giliran dijemput sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah kelak. Ketua Pakar Rujuk Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, persepsi bahawa ibadah haji untuk golongan yang lanjut usia adalah tidak benar sama sekali kerana tiada batas usia dalam syarat wajib mengerjakan rukun Islam kelima itu.…










