PUTRAJAYA 29 Ogos – Semua rakyat Malaysia diharap dapat terus memberikan sokongan kepada penjawat awam untuk menjalankan tugas dengan cemerlang. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, penjawat awam pada masa sama perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, adil dan saksama. “Sinergi di antara penjawat awam dan kerajaan baharu terus kukuh dengan penekanan prinsip ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’ di bawah payung setia Yang di-Pertuan Agong. “Ikatan…










