SINGAPURA – Pusat Pemeriksaan Tuas sesak dengan kenderaan keluar masuk ekoran sistem pelepasan imigresen yang mengalami masalah kelambatan. “Kelewatan adalah dijangka,” menurut pihak berkuasa imigresen dan pusat pemeriksaan (ICA) republik itu dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya. “ICA kesal atas kesulitan yang dialami dan berharap pengunjung memahami situasi ini dan bersabar,” katanya. Pihak berkuasa itu menasihati para pengunjung supaya merujuk kepada laman Facebooknya bagi maklumat terkini. Carian dalam laman web…










