Petronas tidak berhasrat ambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India - Utusan Malaysia

Petronas tidak berhasrat ambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini berkata ia tidak berhasrat untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India.

Bagaimanapun, dalam kenyataan, syarikat minyak negara itu menyatakan India kekal sebagai pasaran utama bagi operasinya.

Sebelum ini, Petronas dan sebuah konsortium diterajui syarikat Jepun JXTG Holdings Inc, dilaporkan berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penapisan minyak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kilang penapisan itu, terletak di tengah India, berkeupayaan memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd (BORL), usaha sama 50-50 antara Oman Oil Co dan syarikat milik kerajaan Bharat Petroleum Corp (BPCL).

BPCL merancang menggandakan kapasiti kilang penapisan itu dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina sebuah kompleks petrokimia yang mmerlukan pelaburan kira-kira AS$7.24 bilion (RM30.23 bilion). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini