Pertahankan prestij Piala Malaysia - Mubin - Utusan Malaysia

Pertahankan prestij Piala Malaysia – Mubin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas bintang tengah negara, Mubin Mokhtar berharap Piala Malaysia tetap dianggap pentas berprestij oleh semua penggiat bola sepak tempatan demi mempertahankan tradisi kejohanan tertua di rantau Asia Tenggara.

Bekas pemain Pahang dan Selangor era 90-an itu berkata, aura Piala Malaysia sentiasa menghadirkan suasana berbeza termasuk ke­ghairahan peminat untuk turun ke stadium sepanjang kejohanan.

Mubin juga berpandangan, Piala Malaysia adalah pentas untuk melihat pasukan manakah yang mampu konsisten sehingga penghujung musim kerana ia melibatkan 16 pasukan terbaik dari Liga Super dan Liga Perdana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari dulu sampai sekarang, bagi saya nilai Piala Malaysia tidak pernah berubah dan kekal hangat saban tahun, malah semua pasukan sentiasa memandang tinggi kejohanan ini.

“Apa sahaja pandangan, Pia­la Malaysia kekal sebagai paling berprestij di Malaysia pada kaca mata saya kerana ia seperti kemuncak saingan pada tiap musim.

“Kalau kita tengok, Piala Malaysia ini sebenarnya himpunan pasukan-pasukan terbaik daripada dua liga kita dan bukan semua pasukan berpeluang untuk layak.

“Hanya terbaik daripada Liga Super dan Perdana boleh beraksi, justeru suasana itu timbulkan persaingan yang sukar dijangka, ” katanya.

Dalam pada itu, Mubin yang terkenal dengan rembatan deras kaki kirinya ketika bergelar pemain satu ketika dahulu, mengakui kejayaan menjulang Piala Malaysia 1992 bersama Pahang kekal sebagai kenangan manis dalam karier.

Tambahnya, kenangan itu sukar dilupakan kerana kejayaan menjulang Piala Malaysia melengkapkan gelaran treble skuad Pahang selepas menjua­rai Liga Semi Pro dan Piala Sumbangsih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini