MELAKA 2 Ogos – Persidangan `Melaka in the Long 15th Century’ membabitkan penyertaan 19 pakar sejarah, ahli akademik dan ahli kaji selidik dari seluruh dunia yang berlangsung di negeri ini selama tiga hari bakal membincangkan tentang peranan Melaka sebagai sebuah pusat tumpuan perdagangan antarabangsa suatu ketika dahulu. Program anjuran pertubuhan Melaka In Fact dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Think City dan Yayasan Hasanah itu mendapat penyertaan kira-kira 70 peserta…










