KUANTAN 29 Ogos – Seorang peniaga di Pekan dekat sini kerugian RM40,000 selepas dipedaya seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis dalam urusan jual beli permata. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ketika berada di kedainya pada 28 Ogos lalu, mangsa didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dikenali sebagai Din. Katanya, lelaki…










