SHAH ALAM 30 Ogos – Polis mengesahkan telah melakukan dua tangkapan berhubung kematian pengurus sebuah restoran, Tan Siew Mee yang ditemukan maut dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 di sini, Isnin lalu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dua lelaki warga asing itu ditahan petang tadi dalam serbuan berasingan. “Seorang lelaki ditahan di Kota Kemuning manakala rakannya pula di Subang…










