BACHOK – Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, di sini semalam meminta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu memulangkannya kembali bagi mengelakkannya menanggung kerugian besar. Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd Baihaki, 25, itu membawa 24 palet susu milik sebuah syarikat. Menurutnya, mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke sebuah gudang di Pengkalan Chepa.…










