YANGON 29 Ogos – Seorang pembikin filem warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas kesalahan mengkritik tentera negara itu. Min Htin Ko Ko Gyi yang merupakan seorang aktivis dan pengasas festival filem hak asasi manusia, telah ditahan pada April lalu berikutan satu status yang menyelar draf Perlembagaan 2008, dimuat naik di laman Facebooknya. Penggubalan draf Perlembagaan 2008 memberi kuasa kepada tentera Myanmar memperoleh tiga perempat kerusi Parlimen dan mengawal…










