KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Tangkap Azam Baki bergerak ke Dataran Merdeka di sini dengan diawasi pihak polis.
Turut kelihatan beberapa kenderaan milik polis membawa anggota Light Strike Force (LSF) di sekitar lokasi di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Terdahulu, himpunan yang bermula kira-kira pukul 3 petang ini dikejutkan dengan bunyi kuat dipercayai letupan mercun.
Tindakan pantas pihak polis berjaya mengawal keadaan, dengan tiada sebarang pihak dilaporkan mengalami kecederaan susulan insiden berkenaan.
Kehadiran pihak polis juga berjaya mengawal aliran trafik sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang bergerak perlahan susulan perhimpunan berkenaan dan cuaca hujan. – UTUSAN










