Pembalakan di kawasan pertikaian Orang Asli dihentikan sementara - Utusan Malaysia

Pembalakan di kawasan pertikaian Orang Asli dihentikan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 1 Ogos – Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan komited untuk mencapai penyelesaian yang adil dan saksama bagi melindungi kepentingan komuniti Orang Asli di Kampung Cunex di Gerik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan komuniti Orang Asli.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengambil serius perkara berkaitan hak-hak komuniti Orang Asli.

“Satu pertemuan telah berlangsung semalam melibatkan Ahmad Faizal dan Waytha Moorthy serta turut dihadiri oleh Peguam Negara bagi membincangkan isu Orang Asli Kampung Cunex,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan dalam kawasan yang menjadi pertikaian sehingga proses perbincangan melibatkan kerajaaan negeri dan komuniti Orang Asli selesai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×