Pelajar tingkatan empat maut ketika ke sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan empat maut ketika ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Perjalanan seorang pelajar perempuan tingkatan empat ke sekolah berakhir tragedi selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum dirempuh 
sebuah kenderaan di Jalan Utama Sungai Lang di sini hari ini. 

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi, Nurul Wafa Wirdani Mohd Shahrul, 16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Banting Baru meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Kosmo! Online difahamkan semasa kejadian mangsa tidak memakai topi keledar dan mempunyai lesen memandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke sekolahnya.

Katanya, mangsa dipercayai memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan.

“Sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 31 yang dari arah Kanchong Darat ke Olak Lempit tidak sempat mengelak mangsa sebelum melanggar mangsa.

“Akibatnya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian sebaik selesai bedah siasat pukul 11 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini