KOTA BHARU – Sepasang suami isteri cedera parah selepas ditetak seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah bank di Kuala Krai dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, mangsa lelaki berusia 45 tahun cedera di bahagian jari kanan dan luka di lengan serta dada kiri manakala isterinya berusia 48 tahun cedera dibahagian tangan sebelah kiri dipercayai akibat ditetak beberapa kali. Sehingga kini, polis masih menyiasat motif kejadian namun polis tidak menolak sekiranya bekas…










