KUALA LUMPUR 1 Ogos – Panda kedua yang dilahirkan di Malaysia telah diberi nama ‘Yi Yi’ yang bermaksud ‘persahabatan’. Dilahirkan pada 14 Januari 2018, anak panda betina itu adalah anak kepada pasangan panda Liang Liang dan Xing Xing, dua ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun oleh China. Upacara pemberian nama itu berlangsung di Pusat Konservasi Panda Cergasi di Zoo Negara di sini hari ini. Menteri Air,…









