KUALA LUMPUR – Nelayan tempatan memberi sokongan penuh terhadap langkah kerajaan untuk melupuskan bot-bot nelayan asing yang dirampas lantaran sebahagian mereka pernah berdepan ancaman serta provokasi yang mengancam nyawa dan periuk nasi. Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kemaman, Aziz A. Razak (Gambar kecil) mendakwa, nyawanya bagai di hujung tanduk apabila nelayan asing mengacukan senjata api kepada mereka dalam satu kejadian di siang hari pada dua tahun lalu. “Bot mereka telah melanggar…









