Najib tanya Mujahid, bekas PM patut duduk di mana - Utusan Malaysia

Najib tanya Mujahid, bekas PM patut duduk di mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membalas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof sama ada menteri itu faham tentang protokol istiadat istana atau tidak.

“Sedih ada menteri seperti kekanda yang kononnya jaga agama.

“Dia tuduh saya sendiri yang hendak ditempatkan di tempat duduk pembesar dan lepas itu saya sengaja tidak membawa pakaian istiadat Orang Besar untuk jadikan alasan tidak hadir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Macam-macam keluar dari mulut kekanda ini. Cuba tanya dia, jika dia faham istiadat istana atau tidak? Tanya dia kalau mengikut protokol susunan kekananan, bekas Perdana Menteri patut ditempatkan di mana?” soal Najib dalam akaun Facebook beliau malam ini.

Menurut Mujahid, tempat duduk Najib pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu sudah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa.

Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkata, pihaknya sudah memberikan jawapan rasmi kepada Najib berhubung dakwaan itu.

Najib mendakwa tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan bahawa tempat duduk beliau yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

“Tidak payah nak memandai menuduh. Anda cuma pandai tulis warkah sahaja,” balas Najib lagi kepada Mujahid.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini