KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Pemain tengah negara, Muhammad Danial Amier Norhisham mengakui tekanan dihadapi menjejaskan penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa, semalam. Pemain sensasi Felda United itu diturunkan dalam kesebelasan utama, bergandingan dengan penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha, namun gagal menghasilkan kombinasi yang baik sebelum dibawa keluar pada babak kedua perlawanan. Muhammad Danial menjelaskan, dia terlampau memikirkan untuk tidak…










