Perancangan keluarga pasangan muda jejas operasi taska

Perancangan keluarga pasangan muda jejas operasi taska

SIN KIA WAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses merancang keluarga oleh pasangan muda ekoran tekanan ekonomi memberi kesan kepada operasi pengusaha taman asuhan kanak-kana (Taska) swasta.

Pengerusi Persatuan Ke­baji­kan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Negeri Sembilan, Sin Kia Wai berkata, tekanan kos sara hidup dan isu penjagaan anak telah menyum­bang kepada trend penurunan kadar kelahiran di Malaysia.

Katanya, situasi secara berterusan itu telah memberi kesan kepada pengusaha taska swasta kerana jumlah kanak-kanak yang dihantar semakin berkurang.

“Kalau sebelum ini kita boleh lihat kebanyakan keluarga akan hantar lebih daripada dua anak kepada pusat asuhan namun pada masa kini perkara tersebut sudah jarang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, sebilangan ke­­luarga muda pada masa kini juga kurang cakna berkenaan pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.

“Sebenarnya kadar pe­ne­tapan yuran pusat asuhan lazimnya dibuat berdasarkan kos operasi termasuk sewaan premis, gaji pendidik, nisbah kanak-kanak serta kualiti perkhidmatan ditawarkan.

“Namun bagi sesetengah keluarga, bayaran terhadap khid­mat penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang membebankan tanpa selidik perkara yang sebenar,” katanya.

Tambahnya, peningkatan kos operasi menyebabkan pengusaha pusat asuhan swasta berada dalam keadaan serba salah kerana sebarang cadangan menaikkan kadar yuran dibimba­ngi akan mendorong ibu bapa tidak menghantar anak ke pusat asuhan.

Sementara itu, seorang peng­usaha taska, Nadiah Azli, 37, pula berkata, faktor terbesar yang menekan operasi ketika ini adalah penyelarasan gaji minimum yang meningkat secara drastik dalam tempoh empat tahun.

Katanya, pihaknya terpaksa menawarkan gaji setimpal untuk mengekalkan pekerja berpengalaman dan terlatih demi keselamatan kanak-kanak.

Bagaimanapun, kenaikan kadar yuran itu dikhuatiri menjadi punca ibu bapa berhenti menghantar anak mereka ke pusat asuhan.

“Dilema utama pengusaha adalah untuk menyeimbangkan kualiti perkhidmatan dengan kemampuan ibu bapa membayar yuran,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN