MR.D.I.Y anjur kempen sempena merdeka - Utusan Malaysia

MR.D.I.Y anjur kempen sempena merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MR.D.I.Y menganjurkan kempen Promosi Poket Selamat 5 bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-62 yang diadakan sepanjang bulan Ogos ini.

MR.D.I.Y

Naib Presiden Pemasaran, Andy Chin berkata, melalui kempen tersebut, orang ramai yang berkunjung ke mana-mana cawangan peruncit perkakas rumah terbesar negara itu bakal menikmati penjimatan sehingga 30 peratus bagi 40 produk permintaan tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia juga terbuka kepada pelanggan yang membeli-belah secara online melalui platform www.mrdiy.com.my.

Menurutnya, syarikat menawarkan produk-produk daripada lapan kategori iaitu perkakasan, isi rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, kelengkapan dan perhiasan, alat tulis dan sukan, mainan, aksesori komputer dan juga aksesori telefon bimbit.

“Antara produk yang diberikan diskaun termasuk barangan keperluan rumah seperti botol air, mop putar dan tuala mandi serta keperluan penambahbaikan rumah termasuk rak kasut empat tingkat, kusyen dan cadar katil saiz ratu.

“Barangan popular lain yang dijual pada harga diskaun termasuk lampu kepala dan raket badminton,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Andy menjelaskan, promosi tersebut merupakan kali kelima syarikat menganjurkan kempen dan ia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini