IPOH 2 Ogos – Ahli Dewan Negara daripada PKR, Senator Mohamad Imran Abd. Hamid yang mencadangkan supaya diwujudkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi golongan lelaki daripada tergoda dan seterusnya terjebak dengan jenayah seperti rogol digesa supaya lebih berhemah ketika berbahas di Dewan Negara. Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, Mohamad Imran harus diingatkan tanggungjawabnya untuk memelihara pemikiran dan kata-katanya jika ingin berjuang bersama parti. Menurutnya, pemimpin parti…










