BACHOK 2 Ogos – Pemilik lori muatan susu yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, dekat sini, semalam meminta orang ramai yang mengambil susu terjatuh dari kenderaan itu memulangkannya kembali bagi membantu pihaknya mengelak kerugian dalam jumlah yang besar. Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd. Baihaki, 25, membawa 24 palet berisi susu tin milik sebuah syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka bagi menghantar bekalan dari Klang, Selangor…










