Bermula dari Madrid, kaki ini mengatur langkah ke tempat kunjungan popular seperti Royal Palace of Madrid, Plaza de Toros de La Ventas (bullfighting arena), santai petang di El Retiro Park serta melawat stadium kelab bola sepak terkenal Real Madrid di Santiago Bernabeu Stadium. Tidak dilupakan, lawatan ke Puerta del Sol bermaksud Gate of the Sun yang merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di Madrid kerana di situ adalah antara lokasi…










