Mayat tanpa identiti ditemukan rentung - Utusan Malaysia

Mayat tanpa identiti ditemukan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Mayat yang disyaki seorang lelaki tanpa identiti ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah lot premis kosong di Jalan Reko, Kajang hari ini.

Mayat ditemukan rentung dalam kebakaran premis di Jalan Reko, Kajang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, mayat tersebut ditemukan anggota bomba di bawah timbunan atap zink dan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pasukan forensik dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor hadir ke tempat kejadian bagi membantu siasatan dan mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku.

“Pasukan Forensik dan Unit K9 Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut dipanggil bagi membantu siasatan namun tidak menemui sebarang peralatan yang menjadi punca kepada kebakaran berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sabri memberitahu, hasil siasatan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini atau waris si mati boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Shawarudin Idris di talian 019-3457527 atau Balai Polis Kajang di talian 03-89114222,” ujarnya.

Sementara itu, Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Syahrul Hafizi Norisham berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 1.24 tengah hari.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Serdang dan BBP Semenyih diarahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik sahaja tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah lot premis yang terbakar 20 peratus di bahagian belakang.

“Terdapat seorang mangsa rentung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini