KUALA LUMPUR – Semangat tidak mengaku kalah yang ditunjukkan skuad Malaysian Tigers membolehkan mereka menumpaskan tuan rumah, Sepanyol 4-3 dalam aksi sulung Kejohanan Hoki Jemputan Empat Negara, malam tadi. Kemenangan ke atas pasukan No. 9 dunia itu juga membolehkan Malaysia menebus kekecewaan tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi kedua perlawanan ujian Siri Jelajah Eropah, Selasa lalu. Anak-anak buah Roelant Oltmans bermula langkah kiri di Terrassa, Sepanyol apabila membenarkan tuan rumah…










