MAGELANG (Jawa Tengah) 29 Ogos – Persalinan batik berusia 34 tahun, yang menjadi busana pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa berangkat pada istiadat sambutan negara di Jakarta pada Selasa, mempunyai signifikan tersendiri yang tersemat di hati baginda. Berkongsi perihal keunikan persalinan batik itu, Tunku Azizah bertitah, persalinan batik yang lengkap dengan selendang itu mempunyai nilai sejarah tersendiri, kerana ia dihadiahkan kerajaan Indonesia kepada Tunku Azizah…










