Maguire bakal pecahkan rekod Van Dijk - Utusan Malaysia

Maguire bakal pecahkan rekod Van Dijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United sedia untuk menjadikan Harry Maguire pertahanan termahal di dunia apabila mahu membeli pemain Leicester itu dengan harga 80 juta pound (RM402 juta).

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan pemain England itu apabila Red Devils sebelum ini pernah melakukan dua bidaan untuk mendapatkan Maguire sehingga mencecah 70 juta pound (RM351 juta).

Sekiranya Leicester bersetuju itu bermakna rekod pertahanan paling mahal yang dipegang Virgil van Dijk berjaya dipecah selepas pemain Liverpool itu berpindah dari Southampton ke Anfield pada Januari tahun lalu dengan harga 75 juta pound (RM377 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, Leicester dan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward sudah mengadakan perbincangan dan bersedia untuk menjadikan Maguire sebagai pertahanan termahal di dunia.

Pemain berusia 26 tahun itu jatuh sakit dan tidak menjalani latihan pada Isnin lalu memberitahu kepada pengurusan kelab dan bos Leicester, Brendan Rodgers bahawa keinginannya untuk berpindah ke Old Trafford.

Solskjaer menjadikan Maguire sasaran utama sejak sebulan yang lalu dan dia semakin terdesak untuk mendapatkan pemain tersebut selepas Eric Bailly mengalami kecederaan serius di lutut dan perlu direhatkan selama lima bulan.

Sehingga kini, United baharu membawa masuk dua pemain pada musim panas ini selepas mendapatkan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace dengan harga 50 juta pound (RM251 juta) dan Daniel James dari Swansea bernilai 17 juta pound (RM85 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini