LONDON – Liverpool sudah menjual tapak pusat latihan Melwood kepada pemaju perumahan untuk dibangunkan. Tapak yang terletak di West Derby itu dibeli syarikat Torus, pemaju yang membangunkan projek perumahan mampu milik. Perjanjian jual beli itu membolehkan juara Eropah itu meraih pendapatan sebanyak 10 juta pound (RM50.28 juta) yang akan digunakan untuk pembangunan tapak latihan baharu. Projek pembangunan baharu untuk kegunaan pasukan utama dan akademi sudah dimulakan di Kirkby, tahun lalu…










