KULIM – Seorang lelaki ditahan selepas didapati menyimpan 63 tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa kebenaran dan lesen sah di kawasan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini semalam. Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kulim kira-kira pukul 9.30 malam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Daerah Kulim, Mohd. Fazly Edros berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah di…










