Lebih 200 penerbangan dari Hong Kong dibatalkan - Utusan Malaysia

Lebih 200 penerbangan dari Hong Kong dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 5 Ogos – Lebih 200 penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terpaksa dibatalkan pagi ini susulan penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan perhimpunan besar-besaran di bandar raya itu.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan lapangan terbang menasihati para penumpang untuk memeriksa maklumat terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing berhubung pengesahan tiket dan jadual penerbangan sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.

Channel News Asia melaporkan, kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai alasan pembatalAN perbangan itu. -AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini