KUALA LUMPUR 2 Ogos – Selepas pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula dilanda jerebu susulan kebakaran hutan di enam wilayah Indonesia semalam, hari ini kawasan pantai timur pula diselubungi catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi. Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan Kuala Terengganu, Terengganu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 115 sehingga pukul 12 tengah hari tadi. Peta taburan IPU turut menunjukkan kebanyakan…










