Kontraktor maut dihempap traktor - Utusan Malaysia

Kontraktor maut dihempap traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang kontraktor binaan maut akibat dihempap traktor dipandunya yang terbalik di Bukit Gong Pasir, Kampung Oh, Jabi dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mat Isa Hamat, 59, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, Mat Isa dikatakan memandu traktor itu ke kebun duriannya yang tidak jauh daripada rumahnya di Gong Pasir dekat sini pada kira-kira pukul 9 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kontraktor binaan tersebut tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan pada selepas solat Asar semalam menyebabkan isterinya meminta pertolongan pekerja mangsa untuk mencarinya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pekerja terbabit mendapati mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di bawah traktor tersebut yang telah terbalik,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata,mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan dari bawah traktor itu dengan menggunakan sebuah jentolak pada pukul 9 malam semalam sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besut di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini