ALHAMDULILLAH, hari ini kita menyambut ketibaan bulan Zulhijah, bulan ke-12 dalam takwim Islam. Begitu pantas masa berlalu. Antara amalan fardu yang utama dalam bulan ini adalah ibadat haji sebagai melengkapkan rukun Islam kelima bagi yang berkemampuan. Kepada para tetamu Allah di tanah suci, kita doakan mereka diberi kesihatan yang berkekalan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna seterusnya beroleh haji yang mabrur. Bagi kita di Malaysia, marilah kita mengambil kesempatan meningkatkan…










