BERDERAU darah Akak Cute masa memecut laju ketika lampu isyarat tengah hijau, tiba-tiba ada motosikal di persimpangan lain cuba memintas. Nasib baik sempat nampak. Kalau tak, dah bertembunglah jawabnya. Memang tak sayang nyawa betul. Pernah juga Akak Cute menekan hon kepada penunggang motosikal yang kurang ajar sebegini. Dia pula pandang kita buat muka tak puas hati seolah-olah kita pula yang salah. Mentang-mentanglah Akak Cute ni perempuan, beranilah dia berlagak samseng…










