KOTA BHARU – Kejohanan Berbasikal Karnival Sukan Kelantan 2019 yang diadakan pada 2 hingga 3 Ogos ini menjadi medan untuk menguji serta mempersiapkan atlet berbasikal negeri itu bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun hadapan. Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, pada kejohanan itu nanti, para pelumba negeri dapat pendedahan dari segi teknik kayuhan, keyakinan diri serta mengukur prestasi mereka dengan…










