SEREMBAN 1 Ogos – Kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Fawwaz Adli Mohd. Bukhari yang parah selepas dihempap peti sejuk pada 12 Julai lalu tidak mampu bertutur dan berdiri akibat kejadian tersebut. Bapanya, Mohd. Bukhari Zainal Annuar, 33, berkata, anaknya telah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) hari ini dan doktor memberitahu keadaan anak sulungnya itu mungkin berlarutan untuk tempoh yang lama. “Anak saya telah dibenarkan keluar dari hospital, tetapi…










