KUALA LUMPUR 2 Ogos – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mempelawa orang ramai menyaksikan Panggung Seni Tradisional (PST) 2019 Siri IV yang memaparkan pementasan Ensembel Muzik Tradisional Cina bertajuk Enchanting Night. JKKN dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini pada hari ini dan esok bermula dari pukul 8.30 malam. “Tiket-tiket berharga…










