KUALA LUMPUR 1 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang daripada syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) dipindahkan ke akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelakkan berlakunya pengeluaran cek melebihi baki dalam akaun dan seterusnya cek dikembalikan. Perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan ke-54, bekas pengurus perhubungan (RM) AmBank, Joanna Yu Ging Ping ketika pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib…










