KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat akibat jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia supaya mengurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas. Beliau turut meminta orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar bangunan…









