BANGKOK 1 Ogos – Jepun berminat untuk menyalurkan bantuan khususnya dalam bidang pendidikan bagi kanak-kanak pelarian Rohingya, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia boleh memainkan peranan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Jepun untuk membantu kanak-kanak Rohingya yang berada di Malaysia. “Walaupun Jepun tidak menyatakan dengan jelas apakah cadangan mereka tetapi Jepun menunjukkan minat dalam (bidang) pendidikan untuk kanak-kanak Rohingya di kem-kem di Cox’s Bazar, Bangladesh.…










