KOTA BHARU 29 Ogos – Universiti Sains Malaysia (USM) menafikan dakwaan kononnya mereka telah menolak permohonan seorang pelajar bagi menangguhkan pengajian kerana tiada wang untuk membayar yuran pendaftaran. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, pihaknya menerusi Kampus Kesihatan di Kubang Kerian telahpun mengambil tindakan segera berhubung perkara itu sebelum laporan akhbar disiarkan. Beliau berkata, pihak universiti juga telah dimaklumkan oleh pelajar tersebut, Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, telah…










