Isteri ada akses akaun media sosial - Ajak Shiro - Utusan Malaysia

Isteri ada akses akaun media sosial – Ajak Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan kes perceraian dalam kalangan selebriti, pelawak Ajak Shiro atau nama sebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak berkongsi rahsia keharmonian rumah tangga dengan isteri, Nur Afifah Amin.

Kata Ajak, 33, tiada rahsia antara dirinya dengan isteri untuk menyuburkan kejujuran cinta suami isteri walaupun sudah lama berkahwin.

Dalam pada itu, Ajak turut menegaskan dalam urusan atau permasalahan rumah tangga jangan ada orang ketiga masuk campur termasuk ibu atau bapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri saya mempunyai akses media sosial milik saya. Kalau ada wanita mengurat, dia akan tengok dahulu.

“Mungkin buat sesetengah pasangan mereka fikir walaupun sudah berkahwin, perlu ada ruang privasi. Untuk saya, kalau sudah namanya suami isteri, lebih telus andai tiada perkara yang ingin disembunyikan,” katanya.

Mengulas tentang campur tangan pihak ketiga termasuk ibu bapa dalam urusan rumah tangga, getus Ajak: “Apa yang penting buat saya, jangan ada pihak ketiga campur tangan. Bahkan ibu atau ayah pun boleh jadi orang ketiga dalam perhubungan.”

Mengulas lanjut, Ajak banyak mengambil teladan daripada rakan artis seperti pelawak, Johan yang sangat mengutamakan keluarga selepas berkahwin.

“Saya menjadikan Johan sebagai teladan. Selepas kahwin, dia ubah cara hidupnya (lebih mengutamakan keluarga). Rezekinya datang dengan sendiri.

“Berbeza dengan lelaki yang sibuk cari rezeki namun tidak semakin kaya kerana membelakangkan keluarga.

“Bagi saya, lelaki kaya bukan yang banyak duit, tetapi yang utamakan keluarga,” katanya penuh makna.

Ajak dan Nur Afifah berkahwin pada 2002 dan kini memiliki tiga cahaya mata Mohd. Jad Thaqif, 9, Mohd. Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.

Dalam perkembangan lain, Ajak bakal bergandingan bersama Ain Edruce mengacarakan program terbaharu Astro, Raja Lawak Junior yang mula bersiaran 10 Ogos ini  di saluran Astro Warna (132). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini