TOPIK yang akan saya sentuh dalam kolum kali ini adalah mengenai pembudayaan ilmu dalam kalangan golongan belia. Berdasarkan statistik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) baru-baru ini, jumlah rakyat negara ini yang minat membaca adalah jauh lebih rendah berbanding negara-negara maju lain. Penduduk Malaysia dianggarkan membaca sebanyak lima ke 20 buku setahun sedangkan sasaran ideal adalah sekitar 30 ke 40 buku setahun. Selain itu, bacaan komik…










