JAKARTA – Indonesia mengerahkan beribu-ribu anggota tentera dan polis untuk memadam kebakaran hutan selepas mengumumkan darurat di enam wilayah di kepulauan Sumatera dan wilayah Kalimantan di pulau Borneo, lapor VNA. Menurut jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Agus Wibowo, jumlah titik panas didapati meningkat dengan 124 daripadanya cukup panas untuk menggambarkan kebakaran telah berlaku di seluruh negara pada pagi kelmarin. “Kerajaan telah mengumumkan darurat di wilayah Riau, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat,…










