KUALA LUMPUR 28 Ogos – Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd., HSS Integrated Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM16 juta daripada KA Petra STS Hub Sdn. Bhd. untuk menyediakan perkhidmatan rundingan kejuruteraan dan pengurusan projek bagi cadangan hab kapal ke kapal di perairan pelabuhan Johor Bahru. Naib Pengerusi Eksekutif HSS Engineers Bhd., Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam berkata, daripada jumlah tersebut, RM9 juta digunakan untuk perkhidmatannya dan baki RM7 juta digunakan…










